My facebook



Thursday 27 March 2014

SEcONd TiME aT UUM


DEWAN MUAZAM SHAH UUM...Dewan akan aq terima IJAZAH

Assalamualaikum...

Dah lame x post entry baru kat dalam blog ni...Kali ni rse mcm nak kongsi je pengalaman yang sukar untuk dilupakan dan agak susah jugak la nak dapat peluang mcm ni...hehehehe.

Awal tahun 2014, aq dah hadapi pelbagai dugaan daripada ALLAH S.W.T...Siapa yang tak sedih, sepatutnya aq dah boleh tamatkan pengajian aq kat UUM ni tapi dugaan kali ni adalah aq terpaksa extend aq punye study satu semester lagi...hati mne yang tak kecewa terima surat daripada Universiti yang menyatakan aq terpaksa extend pengajian, sampai tahap aq hendak berhenti terus pengajian...tapi Alhamdullilah, semangat daripada keluarga and my beloved friends banyak membantu dan memberi kekuatan kepada diri ini tuk meneruskan pengajian yang hanya satu paper tuk satu semester... :-(

Aq yakin semua ni akan ada hikmah di hari mendatang...Pengajian kali ni adalah selama 5 bulan. Apa yang aq nak buat kat UUM ni? Dalam tempoh 5 bulan aq kat UUM ni atau lebih tragis secara berseorangan tanpa gelak tawa rakan2, rase kebosanan menghantui diri. Tapi apakan daya, harapan kedua ibu bapa kali ni amat tinggi...


KENANGAN LAME TP MASIH SEGAR DALAM INGATAN

Sekarang ni lupakan apa yang dah berlaku dan fikir ape yang akan berlaku di hadapan hari...Awal2 tu rase la keseorangan, tapi sekarang kebanyakan rakan2 aq terdiri daripada junior2 yang baik dan cute miut je...tengak telatah diorang membuatkan diri aq terfikir kenapa perlu bersedih sedangkan ramai orang di sekeliling yang akan menjadi rakan kite tanpa kite duge atau lebih manis new friend la...Sebelum ni, seorang junior pun aq tak pernah kenal, tapi kehadiran aq sebagai seorang student banyak mengajar aq tentang hubungan antara senior dan junior....kak dah makan? kak ada kelas lepas ni? kak nak balik dah ke? soalan yang sentiasa adik2 akan tanye...hehehehe 

Jauh pulak aq ni melencong, luahan perasaan la katekan sehingga lain nak cite, lain pulak yang kua... Sebenarnya aq ni nk cite tentang musim bunga yang melanda UUM ni. bukan senang nak tengok keindahan UUM pada musim bunge ni. BIasalah universiti ni kadang kala budak2 gelarkan SINTOKYO, berangan la nak tinggal kat luar negara...tapi memang tinggal di UUM terasa macam tinggal di luar negara. Bukan ape, budaya kami para pelajar yang pelbagai warna kulit, agama, bangsa memang menampakkan suasana overseas, tambahan ramai pulak foreigner yang tinggal kat sini. Indonesia, Thailand, Hong Kong, Pakistan, Somalia, Nigeria semua ada. Kadang2 kalau keluar jogging sampaikan tertanya2 aq ni tinggal kat Malaysia atau study kat Overseas...hehehehe..action la sikit...

Tuk pengetahuan korang la, sebenarnya tiap-tiap tahun kat UUM ni terutamanya awal tahun memang panas sampai tahap yang sangat panas la..semua pokok, rumput habis bertukar jd kuning dan kering. Mase tu jugak la ramai student yang berkunjung kat PKU (Pusat Kesihatan Universiti) berduyun-duyung sebab sakit...ishhhhh...tapi ape yang best selepas musim panas nk habis, musim bunga kuning and purple akan muncul, time tu memang cantik, kalau lalu bawah2 pokok and angin tiup bunga pun  gugur, wow memang cantik dah macam dalam cite korea la pulak... Bunga kuning memenuhi jln2 area UUM... Mmg best time tu sebab kalau kat tempat lain susah nak jumpe...Walaupun x boleh pergi Luar negara tapi dalam UUM pun dah macam overseas... Gambar kat bawah ni bru cikit...hehehe Ape2 pun aq bersyukur dan redho dengan ketentuan Allah taala...Sampai kat sini dulu lah luahan hati ni, len kali ad citer best I will post it again...bye2

PEACE

No comments:

Post a Comment